Pengalaman Bermalam di Tadom Hill Resorts, Banting
Assalamualaikum đź’•
Entry kali ni Cik Fitrahh (CF) nak shared pengalaman CF dengan korang di Tadom Hill Resorts, Banting pada 6 October 2018. Sepanjang perjalanan ke Tadom Hill, korang diwajibkan untuk guna waze bagi memudahkan perjalanan korang ya. Kemudian di laluan atau lorong masuk ke Tadom Hill akan ada banner atau papan tanda untuk ke lokasi yang tepat.
Untuk pengetahuan korang Tadom Hill beroperasi setiap hari dari jam 9.00am sehingga 6.45pm. Dan ada dua pilihan samada nak balik hari atau nak bermalam di sana. Kalau nak balik hari, korang boleh datang ke kaunter dan beli ticket day pass, tak mahal pun lebih kurang RM30 ikut hari apa yang korang pergi. Kalau nak bermalam di sana, korang boleh booking tempat yang korang nak bermalam. CF nasihatkan kalau nak bermalam di sana booking lah awal-awal sebelum semuanya disambar orang. hehehe nasihat ni berguna tau.
Macam CF and the geng, kami bermalam di Tadom Hill Resorts untuk satu malam. Bagi CF memang berbaloi untuk bermalam dekat sana sebab CF dapat rasa sendiri kehidupan dan bersantai di kawasan kampung sambil lakukan aktiviti, siapa nak cuba lari dari kehidupan bandar sekejap, tapi tak nak jauh-jauh. Cubalah datang ke Tadom Hill Resorts.
Sebenarnya banyak pilihan untuk bermalam di Tadom Hill, ikut keselesaan korang dan bajet yang korang tetapkan. Antaranya Hakka Village, Chendui Chalets, Ninik Chalets, Bamboo Hut, Hammock Spheres, Bamboo Tents and Eco Tents. Tapi yang sempat untuk kami booking ialah Bamboo Tents sahaja tempat yang CF rasa paling selesa. Korang memang kena plan tarikh awal2 untuk bermalam disini tau. Sebab kebiasaannya chalet ni akan penuh bila ada company yang booking untuk aktiviti team building di Tadom Hill.
Gambar dekat bawah CF and the geng with Bamboo Tents iaitu tempat kami bermalam, so far memang selesa sebab luas sebenarnya bahagian dalam tu. Complete ada mini kipas, lampu, plug untuk charge phone dan kami siap iron tudung lagi tau. hehe biasalah perempuan.
Bamboo Tents |
Siapa yang datang Tadom Hill Resorts, CF nak korang cuba bermalam satu malam disini ya, sekurang-kurangnya sekali sahaja. Sebab CF nak korang rasa sendiri keunikan tempat bermalam di Tadom Hill yang dibangunkan hampir sepenuhnya menggunakan buluh. Sangat menarik dan cantik sangat buluh-buluh yang disusun dan diikat untuk dijadikan tempat tinggal, tandas, meja makan, kerusi dan lain-lain lagi. Bagi CF tarikan dan keunikan utama di Tadom Hill ialah tempat tinggal yang disediakan untuk bermalam.
Selesai register tepat pukul 10am, CF terus pergi ke tempat aktiviti ATV. ATV antara benda wajib juga untuk korang buat bila di Tadom Hill. CF cadangkan untuk korang buat aktiviti ATV ni ialah aktiviti yang kedua selepas korang bergambar dan melawat kawasan sekeliling Tadom Hill, sebab bila dah kotor2 berlumpur main ATV, barulah syok mandi-manda dekat tasik. Walaupun ini pengalaman pertama CF ATV, tapi perasaan tu lebih kepada excited dan tak sabar nak mula. hehe plus abang ATV sangat happening tau, korang takkan rasa bosan dan dia memang pakar memeriahkan keadaan, sempat buat live dan tangkapkan gambar kitaorang lagi. Adui, masa tulis ni pun rasa nak ATV lagi.
Untuk ATV di Tadom Hill, ada dua track iaitu 2.5km dan 4.5km so korang boleh pilih antara dua track ni. Untuk yang pergi hari biasa (weekdays) CF cadangkan untuk korang pilih track 4.5km sebab lebih berbaloi dan murah, sambil naik ATV sambil lihat pemandangan sekeliling. Dan untuk yang bermalam di Tadom Hill, korang boleh try ATV nightride iaitu daripada pukul 8pm sehingga 10pm.
Settle ATV kami terus pakai life jacket dan terjun ke tasik. Dekat tasik ni selain korang berenang dan guna rakit yang disediakan di tasik. Korang boleh cuba acah-acah jadi tarzan juga hehehe. Dan gelongsor curam yang boleh buat korang sakit jantung hahaha memang scary dan tak dapat bayangkan macam mana CF berjaya buat semua benda ni.
CF rasa adik CF lah sumber kekuatan untuk CF buat aktiviti seram ni. hahaha sebab dia berjaya atasi ketakutan dia dan terus buat tanpa fikir apa-apa. She can do why not me, itulah yang CF fikir masa tu dan terus buat walaupun banyak kali teragak-agak nak terjun dari ketinggian yang lebih kurang 5meter dari paras tasik.
CF rasa adik CF lah sumber kekuatan untuk CF buat aktiviti seram ni. hahaha sebab dia berjaya atasi ketakutan dia dan terus buat tanpa fikir apa-apa. She can do why not me, itulah yang CF fikir masa tu dan terus buat walaupun banyak kali teragak-agak nak terjun dari ketinggian yang lebih kurang 5meter dari paras tasik.
Selesai mandi di tasik kami terus check-in bersihkan diri dan solat zohor. Tandas yang disediakan sangat selesa dan bersih, walaupun perlu berkongsi dengan chalet lain yang tiada tandas tapi setakat ni tandas mereka sangat terjaga. Bagi yang beragama Islam, dah suka-suka jangan lupa solat okay hehehe jangan risau di Tadom Hill juga ada menyediakan surau.
Tandas |
Lebih kurang selepas maghrib kami prepare untuk bbq, kenangan bbq inilah CF rasa yang paling memang tak dapat lupakan. hahaha sebab masing2 takde pengalaman bbq dan kebiasaanya lelaki sahaja yang uruskan part bbq, memori ayam hangit sikit tu alahai~~ tak nak ingat pun boleh ingat. hehe. nasib kamilah ada dua hero yang sudi bantu. Terima kasih untuk staf yang sudi selesaikan masalah bbq kami.
Untuk bbq, ada pakej yang sediakan sekali dengan makanan. Tapi kalau korang nak bawak ayam perapan dan makanan sendiri pun boleh. Lebih afdhal gitu air tangan sendiri. hehehe Korang boleh sewa bbq pit sahaja termasuk arang. Penyepit untuk bbq boleh request dekat staf yang bekerja disitu. First come first serve, tak boleh booking awal. Suasana malam bbq pun meriah dengan karoke dari staf dan yang lain. Semua yang nyanyi ada bakat, terhibur sekejap malam kami.
Dalam pukul 11.30pm setelah selesai bbq kami terus masuk ke Bamboo Tents masing-masing untuk tidur. Sebelum tidur CF telan vitC dan Ostematrix untuk recover balik kulit yang terbakar dan badan yang banyak kali terjun tasik dari tempat tinggi. Risau bangun-bangun esok pagi badan sakit dan sengal-sengal. Alhamdulillah lepas telan Ostematrix badan CF tak sakit pun, thanks Ostematrix, sangat membantu untuk trip CF.
Untuk sesiapa yang menginap di sini, ada breakfast yang disediakan. Dan breakfast yang disediakan sangat sedap dan pelbagai. Perut CF happy tau pagi tu dan CF sarankan untuk korang breakfast awal hehehe boleh makan banyak sikit. Dan waktu lunch korang kena try nasi bamboo okey! Masa kteorng nak order nasi bamboo, akak tu cakap dah habis. Sedih juga lah sebab tak dapat rasa. huhu Menu utama untuk lunch tuu
Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang korang boleh buat dekat sini. Flying Fox pun ada. Dan untuk pencinta alam semula jadi korang wajib pergi dan rasa sendiri keunikan dan keindahan di Tadom Hill. Berkonsepkan resort yang di perbuat daripada buluh dan boleh di katakan hampir semua struktur yang dibina adalah dengan buluh, tempat ni sangat sesuai di jadikan tempat untuk beriadah dan camping bersama keluarga dan kawan-kawan. Memang pengalaman yang baru dan unik untuk CF.
Awesome!
Comments
Post a Comment